Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)
Penubuhan blog ini adalah cetusan idea dari "Bengkel Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah" yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG KKB) pada 28- 30 April 2014. Ia telah dizahirkan oleh saudari Hafidzatun Nadwa dan Nik Nursyamimi, yang merupakan guru pelatih yang telah menjalani latikan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 bagi sesi 2014.
Matlamat utama penubuhan blog ini adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah dan juga cara membanteras jenayah dalam kalangan pelajar.
Tahukah anda peratusan jenayah telah mula wujud dalam kalangan kanak-kanak seawal usia 7 tahun sehingga 18 tahun? Statistik menunjukkan hanya 368 kanak-kanak atau pelajar yang terlibat dengan kegiatan jenayah pada 2012, namun ia telah meningkat kepada 542 pelajar pada 2013. Sebagai pelajar yang baik, seharusnya kita mendokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah ini.
No comments:
Post a Comment