Saturday, 3 May 2014

Menghias Papan Notis KPJ





Pada 28 April 2014, bekas guru praktikum di SMK Pengkalan Chepa (2), saudari Nik Nursyamimi bersama ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah telah mengemaskini papan notis kelab tersebut. Just enjoy the pictures!

Sebelum dikemaskini




Ahli-ahli kelab sedang bertungkus-lumus mengemas kini papan notis. 
*rajin ni*



.
.
.

Hasilnya? Kita tunggu dan lihat!




Wednesday, 30 April 2014

Kes Buli di Sekolah





Gambar-gambar di atas menunjukkan kes-kes buli yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah menengah dan ia telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam mendisiplin pelajar-pelajar mereka. Di Malaysia, kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes buli ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.

Apa itu buli?

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan  atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?


Pembuli


  1. Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,lima dan enam.
  2. Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  3. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  4. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  5. Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.




Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua  dan tiga serta pelajar sekolah rendah. 

Faktor-faktor buli

 1.    Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
          2.         Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
          3.         Mereka pernah menjadi mangsa buli.
          4.         Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
          5.         Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
          6.         Akibat masalah keluarga.
          7.         Sekadar mahu seronok.
          8.         Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
          9.         Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.


Tapi tahukah anda, anda merupakah salah seorang dari mangsa buli sekiranya anda mengalami salah satu situasi yang  disenaraikan di bawah. 


          1.         Tingkah laku buli fizikal merujuk kepada tingkah laku yang berbentuk fizikal  seperti memukul, menendang, mencederakan, menolak, menarik rambut, mengambil  barang kepunyaan orang lain dan sebagainya.  

          2.         Tingkah laku buli verbal adalah tingkah laku seperti panggilan nama, mengejek, mengusik dan mencemuh berulang kali, menghina dan melabel kaum.

          3.         Tingkah laku buli antisosial termasuklah tingkah laku tingkah laku buli tidak langsung seperti
menyebar fitnah, gossip, penyisihan sosial, pemulauan dan merosakkan  harta benda secara berulang kali. 


Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli

      1.         Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.

          2.         Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.


         3.         Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

        4.         Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

     5.         Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.

       6.         Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.






Jenayah Pecah Rumah




Bila kes pecah rumah sering berlaku?

1.       Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.

2.       Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.

3.       Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.


Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1.       Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2.       Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3.       Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

4.       Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5.       Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6.       Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7.       Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

8.       Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

9.       Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).



10.   Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11.   Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

12.   Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

13.   Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.


Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

1.       Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

2.       Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.

3.       Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.


4.       Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.


5.       Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.