Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1.
Ketika penghuni tiada di rumah,
sama ada siang mahupun malam.
2.
Apabila tahap kerjasama sesama
jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3.
Apabila ada tanda-tanda
kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada
berlaku:
1.
Kunci pintu dan tingkap apabila
meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2.
Jangan sembunyikan kunci rumah
di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3.
Jangan tinggalkan nota
menunjukkan anda tiada di rumah.
4.
Hentikan hantaran pesanan
harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5.
Pasang semula manga atau kunci
rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah
bertukar.
6.
Elakkan dari memberi kunci
rumah kepada kontraktor.
7.
Simpan tangga dan peralatan
(tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8.
Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni
seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer,
alat kawalan waktu).
9.
Cabut talian telefon bagi
mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang
sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10.
Sertai program kejiranan,
khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama
antara komuniti dan polis.
11.
Berikan nombor talian anda yang
boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12.
Pastikan kebersihan
persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh
dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13.
Pastikan sekitar kawasan pagar
kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh
untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian
pecah rumah berlaku:
1.
Pintu utama dan pintu belakang
perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem
kunci yang berkualiti.
2.
Pasang door viewer dan penyelak
di pintu utama.
3.
Pasang jeriji (grill) berkunci
pada pintu dan tingkap rumah.
4.
Pasang lampu (guna lampu yang
jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan
untuk kawalan di luar rumah.
5.
Pasang alat keselamatan
tambahan seperti pengera dan CCTV.
No comments:
Post a Comment