Di dada akhbar, sering kita dengar
mengenai jenayah rompakan berlaku.Sering kita dengar masalah ini semakin
meruncing dan kadang-kadang dapat kita dengar bahawa pelaku (perompak)
menggunakan senjata dan dapat memudaratkan mangsa. Jadi,untuk mengelakkan
kejadian ini daripada berlaku ke atas diri kita, kita perlu mengetahui serba
sedikit mengenai bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah
ini.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada
berlaku:
1.
Kunci atau sorokkan semua
pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur.( Sorok sampai diri sendiri je
yang tau kat mana.)ini adalah kerana banyak kes kecurian di dapati pisau hilang
dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri dengan tujuan
untuk melindungi diri mereka.
2.
Sekiranya terdengar / terlihat
paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan
keluar rumah untuk menutup paip tersebut. (Ini taktik perompak yan da update
sikit. Apabila orang keluar untuk tutup paip, perompak pun masuk dalam
rumah.Dorang la tu yang bukak paip nak suruh orang dalam rumah bukak.)
3.
Beritahu anak-anak sekiranya
hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa
untuk bersama mereka. (berdua lagi selamat dari seorang diri.)
4.
Jangan simpan barang-barang
kemas di dalam almari baju (ni skill lapok..).
5.
Bawa alarm kereta bersama semasa
tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan
balik untuk menakutkan pencuri (tunjuk kepada pencuri ni yang korang peka) .
6.
Tekan butang merah alarm kereta
anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
7.
Sekiranya terlihat orang asing
yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor / kereta
mereka (Selalunya dorang naik motor berdua. Tiap kali kita lalu, mereka akan
tunduk je sorok muka tak nak bagi orang Nampak. Nanti kantoi.).
8.
Pesan dengan jiran, sekiranya
ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk
mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada
jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
9.
Semasa tidur, pastikan handphone anda
berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi
anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur. Ini
memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran
pencuri di dalam rumah anda.
10.
Ingat nombor telefon kecemasan
999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal lagi bagus. Ini
memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
11.
Kalau berkemampuan, pasangkan
alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
12.
Lampu porch &
lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam,
baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
13.
Kalau perlu mengambil cuti
panjang,sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu
menyimpan surat dalam mail box . (nanti kalau pencuri tengok mail box
penuh je, dia tau la tiada orang dalam rumah.)
14.
Kalau kawasan anda kerap
berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan. Mohon
supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
15.
Kereta PROTON merupakan
kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli,
sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri.
Sempat la kita nak perasan dan kejar pencuri tu.).
16.
Kalau ada anak-anak perempuan,
sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg
mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku
kebakaran.
17.
Sekurang-kurangnya simpan kayu
hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri
yang ganas.
18.
Jangan letak kunci di bawah
pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap apabila keluar (Pencuri dah tau
da taktik ni...ini lama punya taktik..). Lebih selamat beri pada jiran yang
kita kenal rapat.
19.
Kalau menyewa di rumah baru,
pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih
mempunyai kunci pendua.
20.
Kurangkan pendedahan dan
pergaulan anda dengan pekerja asing.