Pil kuda ataupun metaphitamine merupakan sejenis dadah sintentik yang telah dicampurkan dengan bahan kimia yang lain. Ia merupakan pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand merupakan pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit
hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur &
obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan
perubatan ataupun arahan doktor. Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat &
melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf
otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk
memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah;
- Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
- Serbuk Kaca Kalimantang
- Pencuci lantai
- Klorox
- Ubat Nyamuk
- Abu tulang manusia yg dibakar
Pengambilan pil kuda boleh membawa kepada kesan sampingan yang sangat merbahaya, antaranya;
1. Sekiranya pil kuda diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf akan rosak, & penagih akan menjadi kurang siuman sertagila yang kekal
2. Mengakibatkan tubuh letih melampau
3. Pemikiran otak akan berfungsi lembab
4. Kesempitan wang
5. Perasaan marah membuak-buak tanpa terkawal
6. Insomnia - pil kuda boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan tidur selama berhari-hari
7. Mengakibatkan penagih mengalami halusinasi dan berkhayal
Walau bagaimanapun, salah satu kesan kekal dari pengambilan pil kuda ini adalah penagih akan mengalami sakit mental. Dianggarkan 60 000 pesakit mental di Kelantan berusia di antara 17 tahun ke atas pernah mengambil pil kuda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Ini merupakan jumlah yang sangat besar dan membimbangkan.
Oleh itu, hindarilah kegiatan pengambilan dan pengedaran pil kuda kerana ia hanya mendatangkan keburukan kepada anda!
No comments:
Post a Comment