Wednesday, 30 April 2014

Jenayah Rompak





Di dada akhbar, sering kita dengar mengenai jenayah rompakan berlaku.Sering kita dengar masalah ini semakin meruncing dan kadang-kadang dapat kita dengar bahawa pelaku (perompak) menggunakan senjata dan dapat memudaratkan mangsa. Jadi,untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku ke atas diri kita, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah ini.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1.       Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur.( Sorok sampai diri sendiri je yang tau kat mana.)ini adalah kerana banyak kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri dengan tujuan untuk melindungi diri mereka.

2.       Sekiranya terdengar / terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut. (Ini taktik perompak yan da update sikit. Apabila orang keluar untuk tutup paip, perompak pun masuk dalam rumah.Dorang la tu yang bukak paip nak suruh orang dalam rumah bukak.)


3.       Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. (berdua lagi selamat dari seorang diri.)

4.       Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (ni skill lapok..).


5.       Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (tunjuk kepada pencuri ni yang korang peka) .

6.       Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.


7.       Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor / kereta mereka (Selalunya dorang naik motor berdua. Tiap kali kita lalu, mereka akan tunduk je sorok muka tak nak bagi orang Nampak. Nanti kantoi.).

8.       Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.


9.       Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

10.   Ingat nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal lagi bagus. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.


11.   Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.



12.   Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.


13.   Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dalam mail box . (nanti kalau pencuri tengok mail box penuh je, dia tau la tiada orang dalam rumah.)

14.   Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan. Mohon supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.


15.   Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri. Sempat la kita nak perasan dan kejar pencuri tu.).

16.   Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.


17.   Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.



18.   Jangan letak kunci di bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap apabila keluar (Pencuri dah tau da taktik ni...ini lama punya taktik..). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.


19.   Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

20.   Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.




No comments:

Post a Comment