Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Pencegahan Jenayah ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang cara-cara mengelak kegiatan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah di peringkat sekolah memandangkan kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah semakin meningkat.
Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti-sosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama da di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempuyai kefahaman tentang penguasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Motto KPJ
"Mencegah lebih baik daripada memerangi"
Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan agama
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jati diri
Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
No comments:
Post a Comment