Gambar-gambar di atas menunjukkan kes-kes buli yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah menengah dan ia telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir
setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam
mendisiplin pelajar-pelajar mereka. Di Malaysia, kita boleh lihat sendiri
gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes buli ini menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.
Apa itu buli?
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang
yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?
Pembuli
- Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,lima dan enam.
- Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
- Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
- Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
- Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
Faktor-faktor buli
1. Faktor rakan sebaya mempunyai
pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
2.
Individu yang membuli ini
mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
3.
Mereka pernah menjadi mangsa
buli.
4.
Individu yang gagal
mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada
kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak
pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
5.
Mereka yang tidak berjaya dalam
pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
6.
Akibat masalah keluarga.
7.
Sekadar mahu seronok.
8.
Mereka bosan dengan sekolah dan
membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan
bosan.
9.
Iri hati pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
Tapi tahukah anda, anda merupakah salah seorang dari mangsa buli sekiranya anda mengalami salah satu situasi yang disenaraikan di bawah.
1.
Tingkah laku buli fizikal
merujuk kepada tingkah laku yang berbentuk fizikal seperti memukul, menendang, mencederakan,
menolak, menarik rambut, mengambil barang
kepunyaan orang lain dan sebagainya.
2.
Tingkah laku buli verbal adalah
tingkah laku seperti panggilan nama, mengejek, mengusik dan mencemuh berulang kali,
menghina dan melabel kaum.
3.
Tingkah laku buli antisosial
termasuklah tingkah laku tingkah laku buli tidak langsung seperti
menyebar fitnah, gossip,
penyisihan sosial, pemulauan dan merosakkan harta benda secara berulang kali.
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli
1.
Pihak sekolah perlulah
mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah
masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh
dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan
dengan buli.
2.
Pihak sekolah perlu mempunyai
peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan
menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli
kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
3.
Tindakan displin, merotan, dan
buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
4.
Perlu wujudkan satu
jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat
terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu
bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai
keberkesanannya.
5.
Perbincangan tentang buli
hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB)
sekolah.
6.
Selain itu guru-guru juga
hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.